Tuesday, January 22, 2013

Muasafat Tarbiyyah / Ciri-ciri peribadi Muslim. PART 1



Assalamualaikum w.b.t dan salam hormat.

22 January 2013. Satu peringatan buat diriku hari ini.
Jom refresh semula 10 muasafat tarbiyyah:

1. Salimul Aqidah              -> AQIDAH yang SEJAHTERA
2. Shahihul Ibadah            -> IBADAH yang SAHIH
3. Matinul Khuluq              -> AKHLAK yang MANTAP
4. Mutsaqqafal Fikri           -> LUAS PENGETAHUAN
5. Qawiyul Jism                 -> SIHAT TUBUH BADAN
6. Mujahadahtun Linafsihi ->  MELAWAN HAWA NAFSU
7. Qodirun 'Alal Kasbi        -> MAMPU BERDIKARI
8. Harisun 'Ala Waqtihi      -> PANDAI MENJAGA MASA
9. Munazhomun fi Syu'unihi -> TERATUR DALAM URUSAN
10. Nafi'un Lighoirihi -> BERMANFAAT KEPADA ORANG LAIN




Tapi, ana hanya akan menerangkan salah satu daripada 10 diatas. Post ini ana khususkan untuk Qawiyul Jism, iaitu SIHAT TUBUH BADAN. Ia merupakan salah satu sisi pribadi muslim yang harus ada. Kekuatan jasmani bererti seorang muslim memiliki daya tahan tubuh sehingga dapat melaksanakan ajaran Islam secara optimum dengan fizikalnya yang kuat. Solat, puasa, zakat dan haji merupakan amalan di dalam Islam yang harus dilaksanakan dengan fizikal yang sehat atau kuat, apalagi perang di jalan Allah dan bentuk- bentuk perjuangan lainnya. Oleh karena itu, kesehatan jasmani harus mendapat perhatian seorang muslim dan pencegahan dari penyakit jauh lebih utama daripada pengobatan. Meskipun demikian, sakit tetap kita anggap sebagai sesuatu yang wajar bila hal itu kadang-kadang terjadi, dan jangan sampai seorang muslim sakit-sakitan. Kerana kekuatan jasmani juga termasuk yang penting, maka Rasulullah Saw bersabda yang bererti: ‘Mu’min yang kuat lebih aku cintai daripada mu’min yang lemah’ (HR. Muslim).

Hari ini, bertarikh 22 Januari 2013, Alhamdulilah ana telahpun selamat menjalani minor surgery melibatkan tonsil yang kronik.

Sebelum menjalani pembedahan, ana telah di diagnose sebagai penghidap tonsil kronik, disebabkan kerap mengalami demam berpanjangan dan tonsil bengkak. Oleh kerana ana telah menanggung tonsil sebegini sejak kecil lagi, ana anggap mulanya ianya akan mengecil. Sebaliknya, ana semakin kerap sakit semenjak separuh sem yang lepas. Akhirnya ana mengambil keputusan bersama keluarga untuk berjumpa dengan doktor pakar ENT pada 1 Disember 2012. Doktor hanya berkata, samada simpan sampai bertambah teruk, atau menjalani pembedahan buang tonsil secepat mungkin.

Sementara menunggu hari untuk dibedah, bersyukur kerana berjaya menjawab peperiksaan universiti sebaik mungkin, walaupun ada keperitan disebalik kesakitan yang dialami. Hanya Allah tahu keresahan hambaNya ketika menyelusuri masa yang berbaki.

It could have been worse than it has, to be honest.
Oleh itu, ana sedar, bahawa tubuh badan ni hanyalah pinjaman, yang juga akan kita tinggalkan selama-lamanya. Tetapi, ia bukan menjadi alasan untuk mengabaikan penjagaan tubuh badan kita. Kerana ianya juga satu tanggungjawab bagi kita.

 

Rasulullah s.a.w bersabda :

"Sesungguhnya kamu mempunyai tanggungjawab utk menunaikan hak terhadap tubuh badan kamu."
(Hadis Riwayat Bukhari)


Jikalau Rasulullah menjaga kesihatannya, apatah lagi kita hamba-hamba Allah yang bertaqwa dan mencintai Rasulullah melebihi lain2. Ingatlah, tubuh badan kita merupakan pinjaman dan amanah oleh Allah s.w.t.

HANYA MELALUI TUBUH BADAN YANG SIHAT, LAHIRNYA DA'IE-DA'IE YANG GAGAH, BUKAN SAHAJA SECARA PERCAKAPAN DAN MINDA, TAPI DISOKONG OLEH FIZIKAL!


Sekian. End of PART 1.

see u later bloggers =)

MZMI6227








No comments:

Post a Comment